Archive for October, 2008

1924

baru jer pas solat magrib,,sambil jalan on the way tadi, kepala berfikir nakal camaner la nak jadi kaya,,huhuhu,,pikir2 sampai la masjid,,sebelum sampai tadi namapak la sowg mamat nie,,tgh maen skateboard, okay la,,normal la budaya di sini maen skate,,masuk solat,,,abis solat, saja jer duduk lagi..lepak2 org kata,,almaklum la hujung minggu,,ini bukan pointnya!!pointnya ialah…

masuk la makmum kedua,,tetiba, anak mata ak mengekori sorg mamat nie, eh!!? nie mamat skater tadi,,yg ak tengok tadi,,perghh,,,cam terrer skate’s skill dia,,tetiba dia naek jadi imam!!!???pergh,,,bagaikan buah durian menghempap kepala aku,,,perception ak terhadap budak skaters salah!!teeet!!ak pon tunggu lagi,,,sekali suara dia,,,sedappppp,,,,mendayu2,,baca surah apa ek,,,lupa nama dia,,tapi best la,,,masuk rakaat kedua ak tunggu lagi,,,

jeng2,,,…sekali dia baca surah apa tah,,ada la ayat dia,,,”lain syakartum laazidannakum, walain kafartum inna a’zabi lasyadid…perghhh,,!!!pedih2,,allah,,,ak kembali pada mu,,,

pengajaran hari nie,,
1) tak salah ada hobi maen apa2 pon, skating ker, lepak ker, asalakan benda tue ada manfaat,,(lepak pon okay kan? at least tak buat maksiat=p)..tapi agama jgn tinggal,,,ak cuba bayangkan bila la kat mesia nnt,,mamat otai naek motor, remaja2 yg buat breakdance tue, time azan sume berbondol2 ke masjid,,siap jadi imam lagi,,muazzin,,siap sambil break dance buat latihan hafal surah a mulk ker,,,insyaallah,,,tidak hari nie, esok!!insyaallah

2) tentang nak jadi kaya tue,,actually cara dia,,kita just usaha la,,nak jadi kaya, tak salah nak jadi kaya, at least boley tolong orang len,,,tapi kita mesti kena ada sifat,,Qanaah, cukup dengan apa yg ada…sebab maksud ayat tadi,,,jika kamu bersyukur pada ku, akan aku tambah lagi nikmat pada mu, namun jika engkau kufur, maka nikmat ku amatlah pedih~…maka, skang nie aim ak nak latih diri menjadi lebey bersyukur dgn apa yg ada,,baek ak berfikir nak control wang aku dari fikir camane nak tambah wang…sgt menarik hari nie…

tujuan pada ijak di dublin~=p

Comments 2 Comments »

1014

tatkala hati semakin sunyi, malap dengan dosa2,

barulah diri meratap hiba, mengenang diri yang selalu leka,

sewaktu senang tidah pernah endah,

akan yang mencipta apatah lagi patuh pada perintah,

inilah sang manusia,

dengan si hanuman tiadalah beza,

tidak!!inilah diri ku, yang teramat hina!

ya allah, aku tidak pasti, adakah ini azab mu pada diriku?

kerana sekarang ini daku berasa amat hina,

namun, terkadang berdetik jua di benak dan kalbu, inilah nikmat yang paling besar,

kerana hati dan minda tidak pernah lekang dari munajat kepada mu, ya Rabb…

indah sungguh jalan mu, mencipta, mengarah dan menjalankan sesuatu, nun jauh di sana, terbentang luas, langit dan juga gunung ganang, indah lagi jalan cerita mu,

andaikan diriku seorang ahli musik, nescaya akan aku ukirkan keindahan lagu ini pada petikan tali nan indah, andai daku seorang seni pelukis, nescaya mata tinta akan di gunakan untuk lakaran mu,

namun,,,diriku hanyalah aku, cukuplah sekadar hujung jari ku memetik kekunci ini, dengan hati ku dan air mata ku yang shahdu, akan jalan cerita mu,,,sesungguhnya, sekali lagi aku mengaku syahdu, ~dunia ini hanyalah lakonan, diri ku lah pelakon, Kamu lah segalanya~

1022~

Comments No Comments »

Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa’:8)
:-) Friendship (-:

Many people will walk in and out of your life.
But only true friends will leave footprints in your heart.
To handle yourself, use your head;
To handle others, use your heart.

Friends

Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.

He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.

Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.

Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all
yourself.

Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…

Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.
That is why it is called the present.

(-: Don’t make them disappointed! :-)
TAZKIRAH

Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab bahawa dia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.lelaki itu menjawab : saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah… . maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ? Maka bercerita lah lelaki itu: Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan saya berhenti untuk makan, setelah selesai saya meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya, kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini…Astaghfirullah al azim, eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini.aAdakah kita pernah mengambil barang barang drpd office/sekolah samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri. Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, cd,dvd dan sebagainya… .? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar… Azab neraka itu adalah benar… Dan syurga itu adalah benar… wassalam…
(sy memohon maaf sekiranya ada meminjam brg shbt2 sekalian dan terlupa untuk memulangkannya semula..sy mohon dihalalkan dunia dan akhirat..jika tidak, shbt2 tolglah ingatkan sy..

Comments 2 Comments »

2120

sang pelangi berada di ufuk barat,

diri ku di timur, cuba utk berlari kearah itu,

ke rempuh jua apa yg ada di hadapan,

namun…aku hairan, makin ku tongkah langkah ini,

semakin sesat diri ku rasakan,,,

semakin ku langkah, semakin hilang dari tangan dan sisi ku,

apa jua yang pernah ku miliki, sungguh sayu dan dingin sekali…

puas sudah ku ber fikir apa kah silapnya,,,

oh, akhirnya aku sedar, diri ku makin jauh dari Yang Mencipta,

terlalu alpha akan yang sementara, sehingga lupa yang abadan abada,

mungkin,,,

tidak!!!

sudah pasti, inilah masanya,,,

untuk diriku berubah, namun sekali lagi rewang-rewang soalan,

menerjah benak ku, dari mana harus ku mula, setelah sekian lama,

sekian banyak salah langkah yang diri ku lakukan,

sekali lagi, dahi ku menyembahMu,

berikanlah sinar PetunjukMu pada ku~

Comments No Comments »