1014
tatkala hati semakin sunyi, malap dengan dosa2,
barulah diri meratap hiba, mengenang diri yang selalu leka,
sewaktu senang tidah pernah endah,
akan yang mencipta apatah lagi patuh pada perintah,
inilah sang manusia,
dengan si hanuman tiadalah beza,
tidak!!inilah diri ku, yang teramat hina!
ya allah, aku tidak pasti, adakah ini azab mu pada diriku?
kerana sekarang ini daku berasa amat hina,
namun, terkadang berdetik jua di benak dan kalbu, inilah nikmat yang paling besar,
kerana hati dan minda tidak pernah lekang dari munajat kepada mu, ya Rabb…
indah sungguh jalan mu, mencipta, mengarah dan menjalankan sesuatu, nun jauh di sana, terbentang luas, langit dan juga gunung ganang, indah lagi jalan cerita mu,
andaikan diriku seorang ahli musik, nescaya akan aku ukirkan keindahan lagu ini pada petikan tali nan indah, andai daku seorang seni pelukis, nescaya mata tinta akan di gunakan untuk lakaran mu,
namun,,,diriku hanyalah aku, cukuplah sekadar hujung jari ku memetik kekunci ini, dengan hati ku dan air mata ku yang shahdu, akan jalan cerita mu,,,sesungguhnya, sekali lagi aku mengaku syahdu, ~dunia ini hanyalah lakonan, diri ku lah pelakon, Kamu lah segalanya~
1022~
Entries (RSS)